Misi COMPU Studies | |
Kami percaya pendidikan adalah hak asasi setiap individu. Penimbaan ilmu dan kemahiran sepatutnya dijadikan sesuatu yang mudah diperoleh dan boleh dinikmati oleh segala lapisan masyarakat. Kami percaya bahawa pengetahuan dan kemahiran IT adalah sesuatu yang diperlukan oleh setiap orang dalam era teknologi maklumat dan globalisasi ini. Kursus – kursus komputer COMPU Studies direka sedemikian rupa untuk memberikan individu yang mengikutinya pengetahuan dan kemahiran yang boleh dimanfaatkannya dengan serta-merta tanpa membebankannya dengan maklumat mahupun kemahiran yang bercorak teori atau kurang digunakan. Kami berhasrat melahirkan pengguna yang tahu akan nilai maklumat di sekelilingnya dan tahu menggunakan berbagai teknologi yang ada untuk memproses maklumat tersebut demi meningkatkan produktiviti, nilai diri, pendapatan atau kualiti hidupnya. Kami lakukan ini dengan membenarkan peserta mengikuti kursus komputer yang berkualiti dengan cara mudah, pada harga yang rendah di mana jua beliau berada. | Bermula dari tahun 1990 COMPU Studies telah mula mendidik ribuan pelajar dalam penggunaan IT dari seluruh pelusuk Malaysia, termasuk dari Indonesia, Singapura dan Brunei. Kami mengalu - alukan anda sebagai ahli baru keluarga kami yang semakin membesar. |
Mengapa Belajar Dengan COMPU Studies Lebih Baik Dari Hadir Kelas Komputer | Jaminan Kursus COMPU Studies |
Pembelajaran
melalui kursus komputer COMPU Studies adalah lebih baik dari menghadiri
kelas IT luaran kerana:-
|
Kami
memberi jaminan bahawa kursus - kursus komputer kami menepati keperluan
– keperluan berikut:-
|