Facebook ialah laman rangkaian sosial yang paling popular. Rangkaian
ini membolehkan para pengguna membuat kawan baharu, berkongsi minat,
menyertai pelbagai kumpulan dan mempromosikan produk dan perkhidmatan
mereka. Belakangan ini, Facebook telah menakluki aktiviti web sedunia
dan mendatangkan pelbagai impak pada kehidupan seharian kita.
Fakta
Menarik Berkenaan Facebook
Mark
Zuckerberg, pengasas Facebook
Kisah dan kejayaan Facebook hampir terkenal seperti laman web itu
sendiri. Berikut ialah beberapa fakta mengenai pengasasan Facebook:-
Facebook diasaskan pada tahun 2004 oleh Mark
Zuckerberg ketika beliau berusia 19 tahun dan merupakan seorang
mahasiswa di Universiti Harvard.
Laman web Facebook asalnya dipanggil Thefacebook.com.
Laman web tersebut dicipta untuk menjadi laman web jenis
“face books” yang diedarkan untuk mengenali para
mahasiswa di Universiti Harvard.
Pada tahun 2006, Facebook dibuka kepada sesiapa
sahaja yang berumur 13 tahun ke atas dan mempunyai alamat e-mel yang
sah.
Facebook merupakan rangkaian sosial terbesar di
dunia. Facebook mempunyai lebih 750 juta pengguna di seluruh dunia pada
Julai 2011.
Pada Mei 2013, Facebook mempunyai 1.1
billion serta setiap penggunanya mempunyai 142 rakan di Facebook.
Filem popular 2010, The Social Network merupakan satu
filem mengenai pengasasan Facebook dan kes-kes guaman yang berikutan.
Filem ini berdasarkan buku The Accidental Billionares oleh Ben Mezrich.
Poster untuk filem, The Social
Network
Kekayaan Zuckerberg bernilai 13.3 bilion dolar pada
Mei 2013 dan beliau telah disenaraikan, bersama-sama pengasas Facebook
lain, sebagai jutawan termuda dunia.
Apakah
Yang Boleh Dilakukan Dengan Facebook?
Facebook membenarkan para pengguna:-
berhubung dengan rakan-rakan di seluruh dunia.
berkongsi gambar-gambar dengan ahli keluarga dan
rakan-rakan.
berhubung semula dengan rakan-rakan lama.
berseronok dengan pelbagai jenis aplikasi-aplikasi.
menjemput rakan-rakan pengguna ke sebuah acara,
peristiwa atau majlis.
bermain pelbagai permainan video bersama rakan-rakan
pengguna.
berbual atau chatdengan rakan-rakan anda.
mempromosi perniagaan anda melalui Facebook Pages.
Anda boleh jalankan animasi Flash di bawah untuk mendapatkan gambaran
lebih jelas akan aktiviti - aktiviti yang boleh dilakukan di Facebook.
Sila klik butang anak panah di bahagian atas animasi untuk bergerak di
antara slaid - slaid dalam animasi.
Laman
"Home" Facebook
Laman Home di Facebook merupakan laman pertama yang dipaparkan apabila
anda log in atau daftar masuk ke Facebook. Biasanya, laman Home
memaparkan News Feed yang mengandungi aktiviti atau status rakan-rakan
anda.
Laman
Home Facebook
Sila
Berikan Komen Anda
Sila berikan
penilaian terhadap kandungan ini menggunakan kotak komen di sebelah.
Komen anda amat dihargai.
Berikan Komen Anda!
Komen anda amat diperlukan bagi membantu kami memperbaiki Kursus
Facebook Percuma ini. Berikan reaksi, pendapat, cadangan ataupun
kritikan membina demi kebaikan semua pengguna menggunakan kotak komen
di bawah. Anda harus login masuk ke akaun Facebook anda sebelum boleh
komen. Klik butang Login untuk log masuk ke akaun Facebook anda. Terima
kasih.