Privasi Profil Facebook Anda

Mengawal Privasi Profil Anda
Sebagai pengguna Facebook, anda berhak untuk menentukan maklumat yang ingin dikongsikan kepada umum. Jika menggunakan Facebook secara peribadi (sendiri), anda mungkin mahu berkongsi maklumat dengan keluarga dan rakan-taulan anda sahaja.

Namun jika anda menggunakan Facebook secara profesional (untuk kerjaya dan perniagaan) anda mungkin mahu menyebarkan maklumat kepada umum yang bukan dikalangan keluarga dan rakan anda.

Walau apa pun pilihan anda, menetapkan tetapan privasi atau privacy setting kepada profil Facebook anda adalah penting bagi mengawal maklumat peribadi anda. Dalam pelajaran ini, anda akan belajar cara menetapkan privacy setting di akaun Facebook anda.

Gunakan galeri grafik di bawah untuk mempelajari bagaimana hendak mengubah maklumat dalam profil Facebook anda dan sekaligus menetapkan privasi setting maklumat - maklumat berkenaan.


Profil anda di Facebook merupakan bahagian yang khas untuk diri anda sahaja.

Maklumat ini akan membantu kawan-kawan anda mengenali anda.


Bahagian Privasi penting untuk memastikan maklumat anda tidak disalahgunakan.

Dengan menyenaraikan lokasi ini, anda boleh mencari kawan dengan lebih mudah.
Anda boleh menjadikan ahli keluarga anda sebahagian daripada 'keluarga' Facebook anda.
Bahagian ini boleh diibaratkan sebagai biodata anda.
Maklumat asas anda boleh menjadi panduan kepada orang lain untuk mengenali anda.
Fikir masak-masak sebelum meletakkan maklumat di bahagian Contact Information.
Menyemak Privasi Profil Anda
Sebaik sahaja memilih tetapan privasi profil atau Profile's Privacy Settings, anda perlu periksa profil untuk memastikan anda tidak berkongsi lebih daripada apa yang anda kehendaki.  Untuk melihat paparan profil yang anda telah dikemaskini sila ikuti langkah-langkah seterusnya. Klik pada gambar-gambar dibawah untuk melihatnya dengan lebih jelas.

Untuk menyemak privasi profil anda, anda perlu ke profil Facebook anda dahulu

Halaman profil yang dilihat oleh anda dan kawan anda adalah berbeza daripada yang dilihat oleh yang dilihat oleh orang lain




















Bagaimana mengetahui cara rakan anda melihat profil anda                                                  

Pastikan tiada maklumat sensitif pada profil anda yang boleh dilihat secara umum.

Berikan Komen Anda!

Komen anda amat diperlukan bagi membantu kami memperbaiki Kursus Facebook Percuma ini. Berikan reaksi, pendapat, cadangan ataupun kritikan membina demi kebaikan semua pengguna menggunakan kotak komen di bawah. Anda harus login masuk ke akaun Facebook anda sebelum boleh komen. Klik butang Login untuk log masuk ke akaun Facebook anda. Terima kasih.
blog comments powered by Disqus
Menu Kursus