Kursus Facebook

Pengenalan Kepada Facebook
Logo Facebook
Facebook ialah laman rangkaian sosial yang paling popular. Rangkaian ini membolehkan para pengguna membuat kawan baharu, berkongsi minat, menyertai pelbagai kumpulan dan mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka. Belakangan ini, Facebook telah menakluki aktiviti web sedunia dan mendatangkan pelbagai impak pada kehidupan seharian kita.

Fakta Menarik Berkenaan Facebook
Mark Zuckerberg, pengasas Facebook
Kisah dan kejayaan Facebook hampir terkenal seperti laman web itu sendiri. Berikut ialah beberapa fakta mengenai pengasasan Facebook:-

  1. Facebook diasaskan pada tahun 2004 oleh Mark Zuckerberg ketika beliau berusia 19 tahun dan merupakan seorang mahasiswa di Universiti Harvard.
  2. Laman web Facebook asalnya dipanggil Thefacebook.com. Laman web tersebut dicipta untuk menjadi laman web jenis “face books” yang diedarkan untuk mengenali para mahasiswa di Universiti Harvard.
  3. Pada tahun 2006, Facebook dibuka kepada sesiapa sahaja yang berumur 13 tahun ke atas dan mempunyai alamat e-mel yang sah.
  4. Facebook merupakan rangkaian sosial terbesar di dunia. Facebook mempunyai lebih 750 juta pengguna di seluruh dunia pada Julai 2011.
  5. Pada Mei 2013, Facebook mempunyai  1.1 billion serta setiap penggunanya mempunyai 142 rakan di Facebook.
  6. Filem popular 2010, The Social Network merupakan satu filem mengenai pengasasan Facebook dan kes-kes guaman yang berikutan. Filem ini berdasarkan buku The Accidental Billionares oleh Ben Mezrich.
    Poster untuk filem, The Social Network
  7. Kekayaan Zuckerberg bernilai 13.3 bilion dolar pada Mei 2013 dan beliau telah disenaraikan, bersama-sama pengasas Facebook lain, sebagai jutawan termuda dunia.

Apakah Yang Boleh Dilakukan Dengan Facebook?
Facebook membenarkan para pengguna:-

  1. berhubung dengan rakan-rakan di seluruh dunia.
  2. berkongsi gambar-gambar dengan ahli keluarga dan rakan-rakan.
  3. berhubung semula dengan rakan-rakan lama.
  4. berseronok dengan pelbagai jenis aplikasi-aplikasi.
  5. menjemput rakan-rakan pengguna ke sebuah acara, peristiwa atau majlis.
  6. bermain pelbagai permainan video bersama rakan-rakan pengguna.
  7. berbual atau chatdengan rakan-rakan anda.
  8. mempromosi perniagaan anda melalui Facebook Pages.
Anda boleh jalankan animasi Flash di bawah untuk mendapatkan gambaran lebih jelas akan aktiviti - aktiviti yang boleh dilakukan di Facebook. Sila klik butang anak panah di bahagian atas animasi untuk bergerak di antara slaid - slaid dalam animasi.



Laman "Home" Facebook
Laman Home di Facebook merupakan laman pertama yang dipaparkan apabila anda log in atau daftar masuk ke Facebook. Biasanya, laman Home memaparkan News Feed yang mengandungi aktiviti atau status rakan-rakan anda.
Laman Home Facebook

Sila Berikan Komen Anda
Sila berikan penilaian terhadap kandungan ini menggunakan kotak komen di sebelah. Komen anda amat dihargai.













Berikan Komen Anda!

Komen anda amat diperlukan bagi membantu kami memperbaiki Kursus Facebook Percuma ini. Berikan reaksi, pendapat, cadangan ataupun kritikan membina demi kebaikan semua pengguna menggunakan kotak komen di bawah. Anda harus login masuk ke akaun Facebook anda sebelum boleh komen. Klik butang Login untuk log masuk ke akaun Facebook anda. Terima kasih.
blog comments powered by Disqus
Menu Kursus