Berkongsi Di Facebook

Berkongsi Status
Terdapat banyak perkara yang anda boleh berkongsi dengan rakan anda di Facebook seperti maklumat peribadi, gambar, pautan dan banyak lagi. Perkara-perkara yang anda kongsikan akan muncul pada bahagian News Feed di laman utama anda dan Timeline  di halaman profil anda.

 Dalam pelajaran ini, anda akan belajar bagaimana untuk berkongsi status dan gambar untuk News Feed  dan Timeline anda, termasuk kemaskini status anda. Facebook Publisher merupakan aplikasi yang boleh anda  gunakan untuk berkongsi status dan gambar dengan rakan anda.

Facebook Publisher membenarkan anda berkongsi status diri anda.

Apakah News Feed?
News Feed adalah aliran kemaskini daripada rakan anda dan Fan Pages  yang anda sertai. News Feed adalah tempat di mana anda boleh melihat dan mengulas mengenai apa yang berlaku dengan semua rakan anda.

Apakah Timeline?
Timeline adalah sebahagian daripada profil anda di mana anda dan rakan anda boleh menghantar mesej, gambar, pautan dan banyak lagi. Ia juga merupakan tempat di mana Facebook berkongsi maklumat ringkas tentang aktiviti terkini anda di laman web seperti rakan anda telah ditambah, gambar anda telah dimuat naik, perkara yang anda Liked dan banyak lagi.

Bagaimana Mengemaskini Status Anda di Facebook
Salah satu perkara yang biasa dikongsikan di Facebook adalah status. Biasanya status yang diletakkan di Facebook berjenis pendek, ringkas, mudah dan senang difahami supaya rakan-rakan anda boleh membaca dan memberi ulasan kepada status yang dibuat. Rakan anda juga akan dapat melihat kemaskini status anda dan maklumat ini juga akan terpapar di News Feed mereka. Perkara-perkara yang anda kongsikan juga akan dihantar ke Timeline pada halaman profil anda.

Berikut merupakan langkah-langkah untuk mengemaskini status anda :

Status anda adalah cara anda berkongsi maklumat dan perkara lain dengan kawan anda
Ubah status Privasi jika anda ingin status anda dilihat oleh golongan tertentu sahaja
Status anda boleh dilihat oleh diri anda dan juga kawan anda
Pelbagai Jenis Perkongsian Di Facebook
Selain status anda juga boleh berkongsi perkara-perkara seperti gambar, video, dan pautan. Lihat grafik-grafik di bawah untuk mempelajari pelbagai jenis perkongsian di Facebook.

Berkongsi Gambar Atau Video
Anda boleh berkongsi gambar anda sendiri atau gambar lain untuk dilihat kawan-kawan anda


Berkongsi Pautan
Pautan yang dikongsi di Facebook boleh dalam bentuk video, laman web dan lain-lain.


Berkongsi Gambar, Status atau Video dengan Tag Rakan Anda.
Anda boleh gunakan Tag untuk berkongsi gambar, video atau status dengan rakan-rakan tertentu. Anda boleh masukkan lebih daripada satu Tag ketika berkongsi.
Berkongsi Lokasi Semasa Menulis Status, Gambar atau Video. 

Rakan-rakan anda akan mengetahui lokasi anda ketika berkongsi gambar, status dan sebagainya.


Memadamkan Perkongsian
Anda juga boleh membuang atau memadamkan status secara langsung daripada Timeline anda. Caranya mudah sahaja. Sila ikuti langkah-langkah dalam gambar di bawah :
Selepas anda memadam status, video atau gambar, perkongsian tersebut tidak boleh dilihat oleh sesiapa termasuk diri anda sendiri.

!!! Adalah diingatkan bahawa memadam status tidak bermaksud memadam apa-apa kandungan yang berkaitan. Sebagai contoh, jika anda menambah Fan Page bagi filem atau rancangan TV sebagai Likes and Interests anda, ia akan muncul pada Timeline anda dan News Feed rakan anda. Memadamkan status itu tidak akan membuang anda dari Fan Page yang telah anda 'Like'.



Berkongsi Di Wall Rakan Facebook
Mengucapkan selamat hari jadi merupakan antara perkongsian atas Wall rakan anda
Untuk berkongsi sesuatu pada Wall rakan Facebook anda, hanya pergi ke Profile mereka dan taip. Walau bagaimanapun anda tidak boleh mengawal setting privasi pada Wall rakan anda. Ini bermakna semua rakan Facebook anda boleh melihat apa yang dikongsi. Oleh itu anda harus berhati - hati apa yang anda kongsikan di Wall rakan anda.

Berkongsi Dengan Social Plugin
Anda boleh menggunakan Social Plugin untuk berkongsi rencana tentang isu semasa dan sebagainya
Plugin sosial membolehkan anda menggunakan akaun Facebook anda untuk bersambung kepada laman web luaran. Sebagai contoh, jika anda pergi ke CNN.com, anda boleh melihat kotak pilihan yang membolehkan anda memberikan komen mengenai berita terkini. Aktiviti ini kemudian akan dipaparkan pada profile Facebook anda.

Plugin sosial ini juga akan memaparkan maklumat mengenai aktiviti rakan Facebook anda. Katakan rakan-rakan Facebook anda juga menggunakan plugin CNN, anda boleh melihat komen masing-masing dan aktiviti yang dilakukan pada laman web CNN. Plugin membolehkan pengguna Facebook bersosial tanpa berada pada Facebook.

Terdapat laman web yang akan meminta izin daripada anda sebelum menyiarkan apa-apa ke Wall Facebook anda, namun ada juga plugin yang tidak akan berbuat demikian dan terus menyiarkan aktiviti anda pada Facebook. Oleh itu, anda harus berhati-hati ketika menggunakan plugin kerana tiada cara untuk mengawal semua tetapan plugin tersebut.

Berikan Komen Anda!
Komen anda amat diperlukan bagi membantu kami memperbaiki Kursus Facebook Percuma ini. Berikan reaksi, pendapat, cadangan ataupun kritikan membina demi kebaikan semua pengguna menggunakan kotak komen di bawah. Anda harus login masuk ke akaun Facebook anda sebelum boleh komen. Klik butang Login untuk log masuk ke akaun Facebook anda. Terima kasih.


Berikan Komen Anda!

Komen anda amat diperlukan bagi membantu kami memperbaiki Kursus Facebook Percuma ini. Berikan reaksi, pendapat, cadangan ataupun kritikan membina demi kebaikan semua pengguna menggunakan kotak komen di bawah. Anda harus login masuk ke akaun Facebook anda sebelum boleh komen. Klik butang Login untuk log masuk ke akaun Facebook anda. Terima kasih.
blog comments powered by Disqus
Menu Kursus