Ubah Suai Profil Facebook

Di Facebook, anda diwakili oleh Profile anda iaitu sebuah halaman yang memaparkan identiti anda. Selain itu, profile Facebook anda juga mewakili diri anda di web secara keseluruhan,
kerana sesiapa yang mencari anda di internet kemungkinan besar akan dihalakan kepada profile Facebook anda. Profile anda boleh mengandungi maklumat mengenai latar belakang anda, minat, hobi, hubungan dan sebagainya.

Dalam pelajaran ini kita akan belajar bagaimana untuk mengisi maklumat pada profile.




Mengubah Suai Profile Facebook Anda
Setelah menggunakan Facebook selama beberapa hari, anda akan melihat beberapa jenis profile Facebook. Sesetengah Profile mengandungi banyak maklumat peribadi, manakala terdapat profile yang hanya memaparkan sedikit maklumat sahaja.

Jumlah maklumat yang akan terpapar di Profile Facebook sebenarnya ditentukan oleh anda. Anda boleh memilih berapa banyak maklumat yang anda ingin berkongsi di Facebook. Ketika mengisi maklumat profile, Facebook akan meminta maklumat mengenai hubungan anda dengan orang lain, hobi, lokasi, latar belakang pendidikan anda dan banyak lagi maklumat seupamanya. Anda boleh mengisi mana-mana maklumat yang anda ingin kongsi atau tinggalkan bahagian tersebut kosong jika anda tidak selesa berkongsi maklumat berikut. Hal ini tidak akan menghalang anda daripada menggunakan Facebook sepenuhnya.

Demonstrasi di bawah menunjukkan bagaimana hendak mengedit Profile Facebook anda. Bagi pelajar COMPU Studies, anda sudah pastinya biasa dengan demonstrasi ini. Bagi bukan pelajar, sila ikuti petua berikut untuk menggunakan demonstrasi dengan betul:-


  1. Klik butang Play untuk memainkan demonstrasi
  2. Demonstrasi akan dimainkan seperti paparan video
  3. Anda boleh kawalan perjalanan video demonstrasi dengan menggunakan bar kawalan di sebelah bawah demonstrasi itu. Butang - butang di bar kawalan termasuklah berhenti (o), main (>), gerak ke belakang (<<) dan gerak ke depan (>>). Sesiapa sahaja yang pernah menonton video menggunakan pemain media atau pemain VCD/DVD akan pasti tahu menggunakan butang - butang ini.



Memahami Fungsi Likes dan Interest


Apabila anda mengubah suai Profile Facebook anda, anda akan diminta mengisi maklumat mengenai muzik kegemaran, filem dan hobi yang anda sukai. Laman ini dipanggil Likes dan Interest. Facebook akan mengumpul maklumat tersebut dan mengenal pasti jenis produk dan perkhidmatan yang sesuai dengan minat anda dan memaparkan iklan yang berkaitan. Hal ini adalah amalan biasa di seluruh internet, namun banyak orang yang tidak menyedarinya atau tidak memperdulikannya.


Sebarang kegemaran atau butang Like yang anda tekan akan dipaparkan pada Newsfeed laman Facebook anda. Bergantung kepada kandungannya, anda mungkin ditertawakan atau diusik oleh rakan - rakan Facebook anda.


Anda mungkin juga akan mula menerima banyak mesej - mesej promosi berkaitan topik - topik yang anda nyatakan di bahagian Likes dan Interest profile anda. Ini boleh mengusutkan laman newsfeed anda dan menggusarkan anda.

Jika anda menerima terlalu banyak gangguan mesej - mesej dari pihak tertentu, anda boleh sorokkan mesej - mesej yang tidak diingini menggunakan teknik yang ditunjukkan dalam demonstrasi di bawah.




Berikan Komen Anda!
Komen anda amat diperlukan bagi membantu kami memperbaiki Kursus Facebook Percuma ini. Berikan reaksi, pendapat, cadangan ataupun kritikan membina demi kebaikan semua pengguna menggunakan kotak komen di bawah. Anda harus login masuk ke akaun Facebook anda sebelum boleh komen. Klik butang Login untuk log masuk ke akaun Facebook anda. Terima kasih.

Berikan Komen Anda!

Komen anda amat diperlukan bagi membantu kami memperbaiki Kursus Facebook Percuma ini. Berikan reaksi, pendapat, cadangan ataupun kritikan membina demi kebaikan semua pengguna menggunakan kotak komen di bawah. Anda harus login masuk ke akaun Facebook anda sebelum boleh komen. Klik butang Login untuk log masuk ke akaun Facebook anda. Terima kasih.
blog comments powered by Disqus
Menu Kursus