Gambar dan Video di Facebook

Dengan membuat Album, anda boleh mengumpulka gambar-gambar anda
Facebook membolehkan anda berkongsi gambar dan video dengan rakan-rakan Facebook anda. Pengguna Facebook boleh berkongsi gambar dan video dengan cepat, mudah dan percuma, tanpa sebarang had.

Dalam pelajaran ini, anda akan belajar bagaimana memuat naik dan berkongsi gambar & video di Facebook.





Tip Sebelum Berkongsi Media di Facebook
Contoh Album

Facebook membolehkan anda memuat-naik gambar serta video pendek dari komputer anda dan berkongsi media tersebut dengan rakan-rakan Facebook anda. Rakan-rakan anda boleh melihat media yang dikongsi dan memberi komen mengenainya.

Sebelum anda mula berkongsi gambar dan video di Facebook, teliti perkara-perkara berikut:

Hanya muat-naik gambar dan video yang milik anda atau anda mempunyai kebenaran untuk memuat-naik. Sebagai contoh, jangan muat-naik video YouTube atau gambar yang dilindungi hak ciptanya. Sebaliknya, kongsi pautan kepada gambar dan video tersebut di Wall anda.

Berhati-hati dengan gambar dan video yang ingin dimuat-naik. Sebelum anda berkongsi media tersebut, pastikan bahawa ia tidak mengandungi perkara yang tidak sesuai, memalukan atau terlalu peribadi. Pastikan gambar atau video yang ingin dimuat-naik selesa dilihat oleh semua rakan Facebook anda.

Jika anda masih ingin memuat-naik media tersebut, tetapkan setting privasi untuk menghadkan rakan Facebook yang boleh melihat gambar anda. Sebagai contoh, rakan-rakan Facebook mungkin teruja melihat gambar anda atau orang lain sedang berparti namun anda mungkin tidak mahu majikan anda melihat gambar tersebut.

Berkongsi Gambar

Apabila anda memuat-naik gambar dari komputer anda, Facebook membolehkan anda mengumpulkan mereka ke dalam bentuk Album. Sebuah album boleh mengandungi sehingga 200 gambar. Facebook tidak menetapkan sebarang had kepada jumlah album yang boleh dicipta. Demonstrasi berikut menunjukkan teknik untuk mencipta album foto/gambar pada Facebook.
























Menambah Penerangan Pada Gambar
Penerangan anda merupakan deskripsi ringkas tentang Album anda

Facebook membenarkan anda menambah penerangan kepada gambar dan album anda. Tonton demonstrasi interaktif di bawah untuk teknik menambahkan penerangan kepada album anda.













Mengubahsuai Album Gambar 
Sebaik sahaja mencipta album gambar, anda boleh mengubahsuai isi dalam album tersebut. Untuk mengubahsuai album anda, sila ke laman Photos dan pilih album yang dikehendaki. Anda boleh menyusun semula gambar dengan mengklik dan mengheret ke lokasi yang dikehendaki. Anda juga boleh highlight gambar kegemaran anda dalam album tersebut.


Menambah Tag Pada Album Gambar Facebook
Anda boleh Tag rakan anda jika gambar mereka juga ada dalam Album anda

Selain itu, Facebook juga membenarkan anda melabelkan album anda dengan fungsi Tag. Ikuti demonstrasi berikut untuk mempelajari cara menambah Tag kepada album anda.









Memadamkan Album
Anda boleh memadam Album anda dengan mudah

Apabila anda ingin memadamkan album anda dari Facebook, anda boleh menggunakan fungsi Delete Photo Album. Demonstrasi berikut menunjukkan bagaimana memadamkan sesebuah album.








Berkongsi Video di Facebook
Selain dari berkongsi gambar dan album foto, anda juga boleh berkongsi video. Dalam pelajaran yang lepas anda telah pelajari teknik berkongsi video YouTube dari laman web YouTube itu sendiri.

Dalam pelajaran ini anda akan pelajari bagaimana berkongsi video dari komputer anda sendiri. Ikuti demonstrasi berikut untuk mempelajari langkah video dari komputer anda ke Facebook.



Berikan Komen Anda!
Komen anda amat diperlukan bagi membantu kami memperbaiki Kursus Facebook Percuma ini. Berikan reaksi, pendapat, cadangan ataupun kritikan membina demi kebaikan semua pengguna menggunakan kotak komen di bawah. Anda harus login masuk ke akaun Facebook anda sebelum boleh komen. Klik butang Login untuk log masuk ke akaun Facebook anda. Terima kasih.

Berikan Komen Anda!

Komen anda amat diperlukan bagi membantu kami memperbaiki Kursus Facebook Percuma ini. Berikan reaksi, pendapat, cadangan ataupun kritikan membina demi kebaikan semua pengguna menggunakan kotak komen di bawah. Anda harus login masuk ke akaun Facebook anda sebelum boleh komen. Klik butang Login untuk log masuk ke akaun Facebook anda. Terima kasih.
blog comments powered by Disqus
Menu Kursus