Cari Kawan di Facebook

Facebook akan menggunakan emel anda untuk mencari kawan untuk anda
Bagi menikmati Facebook secara menyeluruh, anda sudah tentu ingin berhubung dengan rakan dan ahli keluarga anda yang mempunyai akaun Facebook. Mujurlah Facebook menjadikannya mudah untuk mencari orang yang anda kenali dan menambah mereka sebagai kawan anda. Selain itu anda juga boleh mencari rakan sekelas lama, rakan sekerja atau orang yang mempunyai minat yang sama.
Dalam pelajaran ini, anda akan belajar bagaimana untuk mencari dan menambah kawan di Facebook.



Mencari Kawan
Facebook ditubuhkan untuk menggalakkan anda mencari rakan-rakan. Facebook menawarkan beberapa kaedah untuk mencari kawan. Demonstrasi seterusnya mengajar anda teknik-teknik mencari kawan di Facebook.

Menambah Rakan
Kenalan anda harus meluluskan Friend Request anda untuk menjadi kawan anda
Setelah anda mencari kenalan anda di Facebook, anda perlu menghantar satu Friend Request atau permohonan menjadi rakan supaya anda boleh menjadi rakan Facebook dengan mereka. Ikutilah demonstrasi berikut untuk mempelajari langkah - langkah menambah rakan di Facebook.

Unfriend
Anda mungkin ingin Unfriend seseorang kerana anda tidak menyukainya
Kadang kala anda ingin memutuskan perhubungan kawan anda dengan seseorang pengguna. Facebook membenarkan anda melakukan ini menggunakan fungsi Unfriend. Apabila anda Unfriend seseorang pengguna segala aktiviti dan mesejnya tidak akan muncul di Wall anda lagi. Demonstrasi berikut menunjukkan anda bagaimana menggunakan fungsi Unfriend.



Menguruskan Rakan
Pengurusan rakan di Facebook penting untuk memastikan anda menikmati Facebook.
Facebook membenarkan anda mengurus rakan-rakan anda dengan membahagikan mereka kepada kategori-kategori tertentu dengan fungsi Manage Friends. Demonstrasi berikut menunjukkan bagaimana menguruskan rakan-rakan Facebook anda.

Berikan Komen Anda!
Komen anda amat diperlukan bagi membantu kami memperbaiki Kursus Facebook Percuma ini. Berikan reaksi, pendapat, cadangan ataupun kritikan membina demi kebaikan semua pengguna menggunakan kotak komen di bawah. Anda harus login masuk ke akaun Facebook anda sebelum boleh komen. Klik butang Login untuk log masuk ke akaun Facebook anda. Terima kasih.

Berikan Komen Anda!

Komen anda amat diperlukan bagi membantu kami memperbaiki Kursus Facebook Percuma ini. Berikan reaksi, pendapat, cadangan ataupun kritikan membina demi kebaikan semua pengguna menggunakan kotak komen di bawah. Anda harus login masuk ke akaun Facebook anda sebelum boleh komen. Klik butang Login untuk log masuk ke akaun Facebook anda. Terima kasih.
blog comments powered by Disqus
Menu Kursus