Membuat Akaun Facebook



Sebelum anda boleh mula menggunakan Facebook, anda harus mencipta satu akaun Facebook terlebih dahulu. Penciptaan akaun Facebook adalah percuma dan amat mudah. Anda hanya memerlukan alamat e-mel anda yang sah dan beberapa minit sahaja.

Dalam pelajaran ini, anda akan mempelajari cara mencipta akaun Facebook dan bagaimana mengubah suai setting akaun anda.


Tip Mencipta Akaun Facebook
Apabila anda mencipta akaun Facebook anda harus ingat perkara-perkara berikut:

Gunakan nama sebenar anda.
 Anda mungkin menggunakan nama skrin atau nama samaran di alamat e-mel anda atau di laman-laman web lain. Walau bagaimanapun, di Facebook, anda harus mendaftar dengan nama sebenar anda. Hal ini kerana Facebook digunakan untuk menemui orang yang mungkin anda kenali. Justeru, penggunaan nama sebenar anda akan mempermudah kegiatan mencari "kawan" atau Friends di Facebook.

Anda boleh menyembunyikan maklumat peribadi anda kemudian.
 Apabila anda mendaftar, Facebook akan meminta anda untuk membekalkan pelbagai maklumat peribadi, termasuk jantina, tarikh lahir, dan alamat e-mel. Anda tidak harus berasa risau tentang keselamatan maklumat peribadi tersebut. Ini kerana setelah anda telah mencipta akaun, anda boleh menukar setting akaun anda supaya maklumat peribadi anda akan disembuyikan atau didedahkan kepada orang tertentu sahaja.


Langkah Mudah Mencipta Akaun Facebook
1. Untuk mencipta akaun Facebook, sila layari alamat laman webnya iaitu: - www.facebook.com. Laman Facebook akan di buka dalam tab baru penjelajah Internet atau browser anda.
Log Masuk Ke Laman Facebook









Isikan Maklumat Pendaftaran
2. Di bawah perkataan Sign Up (Daftar), masukkan maklumat peribadi anda dan kata laluan yang diingini. Maklumat peribadi yang diminta ialah:-
  • First Name: yakni nama pertama. Bagi nama Melayu seperti Osman Hadri anda boleh masukkan Osman sebagai First Name.
  • Last Name: yakni nama akhir. Bagi contoh Osman Hadri, masukkan Hadri.
  • Your Email: taipkan alamat e-mel anda yang sah. Alamat e-mel ini juga akan digunakan oleh anda untuk log masuk ke akaun Facebook anda setiap kali anda ingin menggunakan Facebook.
  • Re-enter Email: ulangi e-mel yang ditaipkan tadi. Pastikan kedua - dua e-mel adalah 100% sama.
  • New Password: masukkan kata laluan akaun Facebook anda. Gunakan kata laluan yang mudah diingati seperti nama samaran anda, nombor kereta dan sebagainya.
  • I am: jantina anda. Pilih Male (lelaki) atau Female (Perempuan).
  • Birthday: Tarikh lahir anda dalam format Bulan-Hari-Tahun.

 Apabila anda selesai mengisi maklumat, klik butang Sign Up (Daftar) yang berwarna hijau.

Masukkan Kod Captcha

4. Satu skrin kod Captcha (disebut kap-cah) akan terpapar seperti disebelah. Taipkan kod Captcha ini ke dalam kotak berlabel Text in the box seperti yang digambar oleh nota hijau di sebelah. Setelah selesai, klik Sign Up (Daftar).
Mencari Rakan di Facebook 
5. Setelah anda klik Sign up, satu skrin seperti di sebelah akan muncul. Di skrin ini anda berpeluang mencari rakan – rakan anda di Facebook. Hal Ini dilakukan dengan mengisi alamat e-mel anda di kotak Your Email dan klik butang Find Friends. Facebook akan mencari rakan - rakan anda berdasarkan kepada alamat e-mel mereka di akaun e-mel anda. Jika anda tidak ingin melakukan langkah ini, anda boleh klik Skip this step untuk melangkaunya.

Bagi mereka yang baru hendak membina akaun Facebook yang pertama, kami menasihati anda melangkau sahaja langkah ini dengan klik butang Skip this step. Anda akan pelajari teknik mencari kawan dengan lebih terperinci dalam pelajaran akan datang.


Masukkan Maklumat Profil Anda
6. Langkah seterusnya membenarkan anda menambah maklumat tentang sekolah menengah, kolej dan majikan anda. Dengan melakukan ini akan membantu Facebook mencari rakan taulan anda dari masa silam anda. Klik Save & Continue (Simpan & Teruskan) apabila anda telah selesai. Jika anda ingin melangkau langkah ini klik Skip.


Sahkan Rakan Anda
7. Jika anda telah mengisi maklumat dalam Langkah 6 di atas dan klik Save & Continue, Facebook akan mencadangkan rakan-rakan yang mungkin anda kenali berdasarkan maklumat yang diberi. Klik pautan Add Friend di sebelah gambar mereka yang ingin anda jadikan sebagai kawan anda. Kemudian klik Save & Continue (Simpan & Teruskan) atau Skip untuk melangkau langkah ini.









Masukkan Gambar Profile
8. Langkah seterusnya adalah untuk menambah gambar profile Facebook anda. Klik Upload Photo untuk memilih gambar dari komputer anda, atau Take Photo untuk mengambil gambar baru menggunakan webcam komputer anda. Jika anda tidak bersedia untuk menambah gambar pada profile Facebook anda, klik Skip.






Sahkan Gambar Profile Anda
9. Setelah anda berpuas hati dengan gambar profile anda, klik Save & Continue (Simpan & Teruskan).















Sahkan Akaun Anda 
10 . Akhirnya, anda perlu mengesahkan alamat e-mel yang telah anda gunakan untuk membuat akaun Facebook anda. Log masuk ke akaun e-mel anda. Anda seharusnya telahpun menerima e-mel daripada Facebook. Buka e-mel tersebut dan klik pautan (link) dalam e-mel tersebut untuk melengkapkan proses pendaftaran akaun Facebook.


Akaun Facebook Anda Siap 
11. Akaun Facebook anda kini sedia untuk digunakan.

Dalam pelajaran seterusnya, anda akan pelajari bagaimana mengubah laman Facebook anda melalui fungsi Profile. Jangan lupa mengikutinya.



Daftar Keluar atau Log Out
Setelah puas menggunakan Facebook, anda harus daftar keluar dari akaun Facebook. Mendaftar keluar akan menutup akaun Facebook anda dan mengelakkannya dari dilihat dan diubah oleh orang lain. Untuk mendaftar keluar atau log out dari Facebook, hanya klik anah panak di sebelah butang Home di penjuru atas kanan skrin anda dan pilih opsyen Log out dari menu yang terpapar seperti yang digambarkan dalam grafik di atas.

Daftar Masuk atau Log In
Untuk menggunakan Facebook pada bila - bila masa, hanya layari laman webnya di www.facebook.com dan taipkan alamat e-mel dan password Facebook anda seperti yang ditunjukkan di sebelah. Kemudian klik butang Log in. Itu sahaja. Anda akan terus di bawa masuk ke laman Facebook anda.




Berikan Komen Anda
Sila berikan penilaian terhadap pelajaran ini menggunakan kotak komen di sebelah.
Anda tidak perlu mengisi medan Homepage. Medan - medan lain wajib diisi.

Berikan Komen Anda!

Komen anda amat diperlukan bagi membantu kami memperbaiki Kursus Facebook Percuma ini. Berikan reaksi, pendapat, cadangan ataupun kritikan membina demi kebaikan semua pengguna menggunakan kotak komen di bawah. Anda harus login masuk ke akaun Facebook anda sebelum boleh komen. Klik butang Login untuk log masuk ke akaun Facebook anda. Terima kasih.
blog comments powered by Disqus
Menu Kursus