Mewujudkan Kumpulan dalam Facebook (Group)

Sebagai pengguna di Facebook, anda boleh menwujudkan Kumpulan (Group) untuk memudahkan anda berinteraksi dan berkongsi maklumat dengan orang lain. Dalam pelajaran ini, anda akan belajar bagaimana untuk mewujudkan Kumpulan Facebook anda sendiri. Anda juga akan mendapat gambaran dan cara yang berbeza-beza untuk dikongsi dan berinteraksi dengan ahli-ahli lain dalam Kumpulan (Group) anda.

Cara mencipta kumpulan (group) di Facebook
Pilih tetapan privasi  (privacy setting) bagi kumpulan (group) anda, kemudian klik Create. Terdapat tiga pilihan privasi:
  • Terbuka : Sesiapa sahaja boleh melihat kumpulan (group), ahli-ahli dalam kumpulan (members) dan status (post) mereka.
  • Tertutup : Sesiapa sahaja dikalangan ahli kumpulan boleh melihat kumpulan (group) dan ahli-ahlinya (members) serta status (post) dalam Group.  
  • Rahsia : Hanya ahli boleh melihat kumpulan (group), atau mana-mana maklumat. Orang-orang yang bukan ahli kumpulan tidak akan dapat melihat kandungan dalam kumpulan (group) tersebut.

Akhir sekali, anda akan diminta untuk memilih ikon untuk Kumpulan (group), yang akan muncul dalam anak tetingkap Navigasi. Pilih ikon dan kemudian klik Okay, atau anda boleh memilih untuk melangkau langkah ini.


Kelebihan Mencipta Kumpulan dalam Facebook
Sebaik sahaja anda telah mencipta satu Kumpulan (Group), ia adalah mudah untuk berinteraksi dengan ahli-ahli Kumpulan yang lain dengan berkongsi (sharing), berbual (chatting), mewujudkan Kumpulan Acara (Group Events) dan banyak lagi. Anda juga boleh mengubah suai tetapan Kumpulan (Group) dan menambah atau membuang ahli-ahli pada bila-bila masa.












Menu Navigasi